Syakir Gani :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 11 December 2012

dunia


sekarang sudah terasa sikit , 
jarak atau hati ?
demikian lah aku . sakit bangun sendiri
pelik kata mereke
mas macam mana kau buat ?
tapi itu lah aku 
yang berpijak pada kerdal sendiri
ruang ni kadang kadang nya luas bangat
bak sempit nya aduh bertemu rusuk ku
aku ditepi belakang tidak seorang pun nampak
yang mereke tahu apa ? hati mereke sahaja
aku juga yang lari mendapat kan kota ubat itu
ahh sebenarnya itu bukan aku
aku tipu kau , percaya lah aku tipu
kau nampak aku ni ?
luar sahaja
sentuh sahaja
rasa sahaja
tapi dalam ? 
kau tak tahu
aku simpan luka kaki
naik meluat pon ade 
tak larat nak pandang
kau diajar menjahit 
tapi disuruh mencacai
rasa apakah ?
sakit kan ?
sesaat ini perlu nya wanita tua bernama ibu berada ditepi aku
rasa macam nak jerit , ' mak kenapa kau tipu ?'
dunia ini tak indah macam kau cerita dalam mimpi aku 
bagi pada mereke yang cari ,
aku tak mahu
aku tarik
aku beri bendera putih
aku kalah
hati

Wednesday 31 October 2012

bayangan


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah
Ya tuhanku yang Maha Mengasihani
Seringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
Bawalah dia jauh daripada pandanganku
Lupakanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan 
menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...